Rabu, 25 Januari 2012

Aksi Seram Amoi

Petang tadi aku mulakan perjalanan pulang ke kampung halaman iaitu Batu Pahat Bandar Penggaram. Walaupun masih letih-letih menghabiskan percutian ke Penang dan Langkawi, aku memang wajib pulang untuk menziarahi abah. 

Aku gerak dari rumah sewa kira-kira jam 5.00 petang. Perjalanan petang tadi lancar sahaja memandangkan orang lain dah pun mula bekerja dari cuti Tahun Baru Cina. Majoriti guru-guru je yang masih bercuti. Jangan salah faham pulak eh...cuti kami cuti berganti. 

Dalam perjalanan selepas susur Sedenak kelihatan kenderaan mula bergerak perlahan sedangkan sebelum tu berjalan lancar jerk. Aku pun memperlahankan pemanduan aku. Tertanya-tanya sendiri samada ada kemalangan di hadapan ataupun abang polis sedang membuat sekatan.

Membunuh diri merupakan perbuatan terkutuk yang amat dilarang Allah.Orang yang membunuh diri akan diazabkan Allah di hari akhirat nanti, dan tidak ada sesiapapun akan terlepas dari azabNya.

Kereta terus bergerak 30km/j hingga menghampiri tempat kejadian. Kelihatan seorang polis trafik berdiri di sebelah kanan jalan. Sementara itu ada seorang amoi mencangkung di atas jalan itu. Aku fikir mesti dia nak bunuh diri kot. Muka pun kelihatan pucat. Terkejut jugak aku. Laluan ke utara sesak dan ke selatan turut sesak. Mungkin ada dalam kalangan rakannya atau kekasihnya berada di laluan ke arah selatan itu. 

Aku teruskan pemanduan. Dalam hati, aku cuba dapatkan pengajaran ekoran peristiwa tadi. Berat mana sekalipun masalah yang kita tanggung, insyaAllah ada jalan penyelesainnya. bunuh diri bukan jalan yang terbaik malah tidak cium bau syurga. Alhamdulillah, setakat ini aku masih tetap dalam iman. Setiap masalah yang muncul dalam hidup aku dapat atasi dengan bantuan Allah terutamanya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan