Ahad, 17 Jun 2012

Hati Seorang Wanita

~buat sahabat-sahabat solehah..kalau ada si soleh yg melamar anda sebegini...anda boleh la buat pertimbangan...istikharah...dan segala mcm ikhtiar..semoga jodoh yg baik menjadi milik kita..^_^

 

~Kalau tak mampu MENCINTAI, jangan pernah sentuh hati seseorang..Kalau tak mampu SETIA, jangan pernah mengukir janji..Kalau tak mampu MENGGENGGAM HUBUNGAN, jangan pernah beri harapan..

Kerana HATI MANUSIA itu...

Terlalu BERNILAI untuk DISAKITI, terlalu MAHAL untuk DISIA-SIAkan dan terlalu BERHARGA untuk DIHANCURkan.

Ingatan buat DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi, pada insan yang tak mengerti. Kerana sekali kau memberi,selamanya dia di HATI, kerana sekali kau dilukai, sampai kapan-kapan pun tetap kau ingati..

Ingatan untuk DIRI.. Hati2lah dalam memberi HATI, sebab ia hanya untuk insan yang tahu MENGHARGAI betapa tingginya nilai sekeping HATI

Sabtu, 16 Jun 2012

Cinta dan Airmata

Cinta itu anugerah. Namun cinta yang abadi hanya pada Allah. Berbahagialah mereka yang telah menemui cinta mereka. Doa aku moga cinta kalian kekal hingga ke pintu syurga. Bagi yang masih belum menemui cinta  bersabarlah. InsyaAllah cinta akan hadir bila sampai waktunya. 


Begitu juga dengan aku. Cinta lelaki yang hadir dalam hidup aku hanya singgah sementara. Namun aku tidak pernah berputus asa dalam mencari cinta dan jodoh. Aku tahu Allah tidak suka pada mereka yang berputus asa. aku yakin Allah ciptakan jodoh untuk aku dan Dia akan temukan aku dengannya satu hari nanti. Amin...


Jumaat, 13 April 2012

10 Surah Amalan

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya. 

SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya. 

SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur. 

SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.” 

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. 

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

"40 KEISTIMEWAAN WANITA - MENURUT ISLAM"

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap pria?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.

22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Ahad, 29 Januari 2012

Kalut-kalut Ke Kedai Nombor Ekor


Hari ini aku pulang semula ke tempat aku bertugas iaitu Bandaraya Johor Bahru. Dalam perjalanan tadi aku sempat menyaksikan satu aksi lain pula. Al-maklumlah aku ni suka buat pemerhatian. Dah perhati, mulalah nak komen. Bukan kutuks eh. Hehehe...



Di lampu isyarat simpang empat Ayer Hitam tadi, aku lihat ada seorang lelaki Melayu berkereta buat U-Turn haram. Punyalah kalut sampai dia hampir terlanggar seoang penunggang motorsikal di situ. Masa mula-mula aku lihat, dalam hati berkata, " Suka hati je buat u-turn kat sini. Orang lain pun nak cepat jugak tapi janganlah sampai membahayakan keselamatan oang lain." Erm...macam-macam sikap manusia ni kan....

Dipendekkan cerita, pemuda tadi ( dalam lingkungan 30-an ) kalut-kalut mencari parkir lalu keluar dari keretanya. Dia dapatkan parkir di hadapan kedai nombor ekor. Aku terus memerhatikannya. Kebetulan waktu itu lampu isyarat masih merah. 

Erm...dalam hati, " orang ni nak beli nombor ekor ke ?" Sangkaan aku benar-benar tepat. Lelaki itu terus meluru ke dalam kedai dan beratur bersama bangsa lain. Malunya aku melihat bangsaku turut ada di situ. Takkan dapatkan rezeki dari sumber haram kot ! Huhuhu...




Bermain nombor ekor adalah salah satu bentuk perjudian yang hukumnya haram

Rabu, 25 Januari 2012

Aksi Seram Amoi

Petang tadi aku mulakan perjalanan pulang ke kampung halaman iaitu Batu Pahat Bandar Penggaram. Walaupun masih letih-letih menghabiskan percutian ke Penang dan Langkawi, aku memang wajib pulang untuk menziarahi abah. 

Aku gerak dari rumah sewa kira-kira jam 5.00 petang. Perjalanan petang tadi lancar sahaja memandangkan orang lain dah pun mula bekerja dari cuti Tahun Baru Cina. Majoriti guru-guru je yang masih bercuti. Jangan salah faham pulak eh...cuti kami cuti berganti. 

Dalam perjalanan selepas susur Sedenak kelihatan kenderaan mula bergerak perlahan sedangkan sebelum tu berjalan lancar jerk. Aku pun memperlahankan pemanduan aku. Tertanya-tanya sendiri samada ada kemalangan di hadapan ataupun abang polis sedang membuat sekatan.

Membunuh diri merupakan perbuatan terkutuk yang amat dilarang Allah.Orang yang membunuh diri akan diazabkan Allah di hari akhirat nanti, dan tidak ada sesiapapun akan terlepas dari azabNya.

Kereta terus bergerak 30km/j hingga menghampiri tempat kejadian. Kelihatan seorang polis trafik berdiri di sebelah kanan jalan. Sementara itu ada seorang amoi mencangkung di atas jalan itu. Aku fikir mesti dia nak bunuh diri kot. Muka pun kelihatan pucat. Terkejut jugak aku. Laluan ke utara sesak dan ke selatan turut sesak. Mungkin ada dalam kalangan rakannya atau kekasihnya berada di laluan ke arah selatan itu. 

Aku teruskan pemanduan. Dalam hati, aku cuba dapatkan pengajaran ekoran peristiwa tadi. Berat mana sekalipun masalah yang kita tanggung, insyaAllah ada jalan penyelesainnya. bunuh diri bukan jalan yang terbaik malah tidak cium bau syurga. Alhamdulillah, setakat ini aku masih tetap dalam iman. Setiap masalah yang muncul dalam hidup aku dapat atasi dengan bantuan Allah terutamanya.  

Rabu, 11 Januari 2012

Memborong @ Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Selesai ke majlis kenduri, kami pulang simpan tenaga untuk ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Menurut seorang rakan, tempat ini ala-ala syurga membeli belah. Makin malam, semakin ramai orang katanya. Tambahan pula jika musim cuti sekolah. Wahhh...mesti bersesak2 nih !

Pintu gerbang Pasar Malam Wakaf che Yeh

Kira-kira jam 9.30 malam, kami sampai di Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Terpusing-pusing juga nak cari parkir. Penuh seh...bas-bas persiaran pun banyak. Mungkin rombongan Cik Kiah lah tuh. 

Lambakan kain pasang dan kain sutera yang cantik2 belaka

Lelong ! Lelong ! 4@ 5 pasang dengan harga RM100

Brooch pelbagai bentuk dan saiz. Saya tak beli pun memandangkan telah banyak koleksi brooch di rumah.


Tudung pelbagai warna. Hanya RM15 sahaja. Kalau di JB jenis yang saya maksudkan harganya RM20.



PM ni antara tempat membeli belah yang terkenal juga di Kelantan. Kiranya macam UpTown juga lah. Tak habis-habis juga mereka membeli-belah. Kelihatan kaum Adam hanya tengok sahaja gelagat kaum Hawa. Haha dah namanya datang untuk membeli-belah, tak kan nak tengok je kan ? Apatah lagi kaum Hawa yang datang dari luar negeri Kelantan termasuklah saya.


Kain pasang sutera yang membuatkan aku teruja melihatnya. Yang berbatu2 lagilah cantik2 banget !




Mana nak beli cenderamata buat kawan-kawan, mana pula nak hadiahkan buat ahli keluarga, semuanya dah jadi blurrr....Banyak sangat yang menarik perhatian saya. Kain batik, tudung, kain pasang, baju tidur kelawar, buah-buahan ( delima, mangga, ciku madu dan lain-lain ) memang murah2 jika dibandingkan harganya dengan di Johor. 

Waktu operasi PM ini 7.00 malam sehingga jam 2.00 pagi kot ( tertakluk kpd jumlah pengunjung ). Namun, menurut orang Kelantan, waktu maghrib di sana, semua kedai dipaksa tutup supaya dapat menunaikan solat. Jika di pusat membeli belah, pengawal keselamatan akan membunyikan wisel tanda berhenti membeli. Jadi tidak mustahil, pada waktu solat lalu lintas begitu lengang sekali di sana. Alhamdulillah, jika masing2 tidak lupa membuat ibadah disamping mencari rezeki.

Hah, ini saya cuba kongsikan apa yang saya dan rakan2 beli di sana. Merengkek juga kami membawanya sementara nak menuju ke kereta. Ahaksss...


Ini kain sutera yang saya beli. Memang murah berbanding di pasaran luar. So, tak tunggu dah. Sepasang pun jadilah...


Baju tidur kelawar dan 2 pasang telekung

Ini hasil beli belah kami...Hampir jam 2 pagi kami sampai di rumah. Namun, ketika kami pulang, masih ramai yang berpusu2 di sana...


Koleksi kain batik yang dibeli oleh rakan saya



Nak berniaga tudung ke apa nih ? Huhuhuhu....mmg ganazz !


Aktiviti saya akan bersambung. Tunggu...